Tuesday, 25 June 2013

Urusan Borang Permohonan Nikah di Johor

Alhamdulillah semua dah settled cuma tunggu hari yang telah dirancang sahaja. Weee~

Takde lah complex mana pun nak settlekan borang permohonan nikah ni. Yang penting sebelum apa2 pergi lah kursus kawin dulu. Kursus kawin kat mana tah yang tak best. Macam semua tempat best. Memang kelako tak hengat ustaz2 ustazah kita berceramah. Hi hi. Kalau nak tau tempat berdekatan untuk pergi kursus kahwin boleh la google up. Harga seorang hanya rm80. Tapi dengar kata start dari Jun 2013 dah tukar cara kursus kahwin yer? I'm not sure. Siap dengar ada qiamullaill bagai. Yang penting I dah lepas kursus 2 hari yang seronok ituu. I went to Masjid At Taqwa di Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail (TTDI). This is the nearest to my place and the penceramah2 which I heard, were all funny to death. So that's why i chose TTDI. After a week we can already pick up our Sijil Kursus Perkahwinan and this is the reason why you have to go to the nearest as possible. Heheh. Leceh nak ulang alik jauh-jauh nak ambil sijil semata. So simpan bebaik sijil-sijil tu k nanti hilang kena pergi lagi sekali pulak.

Bila dah settle kursus perkahwinan make sure dalam lingkungan masa 6 bulan (cause it's only valid for 6 months) sebelum tarikh perkahwinan pergi lah ke klinik berdekatan yang telah disenaraikan untuk buat HIV test. HIV test ni cuma boleh dibuat dari pukul 2 hingga 4 petang sahaja on weekdays dan di klinik kerajaan sahaja no private-private one heh. Tapi dengar macam ada hari tertentu je. Itu tak pasti. Maybe certain places je kot? I buat di Poliklinik Kesihatan Shah Alam Seksyen 7 sebab nearest to my office and tak jam nak ke sana. hehe. Ok nk buat HIV test ni ambil masa sekejap je dalam sejam or less tapi kalau ramai orang tunggu la lagi lama. Hik. Pastikan bila datang kt kaunter tu bagitau nak buat HIV test untuk kahwin sebab takut salah faham dia ingat kita nak buat HIV test untuk hal lain jadi kena tunggu berhari2 pulaks. So bila dah settle HIV test make sure simpan jugak laporan ujian pemeriksaan tu baik-baik. We'll be needing it for permohonan nikah. Nak kawin tak? Haha.

So bila tarikh semakin dekat....Dup dap Dup dap! hahaha. Seksaited la kan. Jangan nk seksaited sangat lah borang nikah tu settle dulu kang tak dapat book Tok Kadi kawin lambat la hengkau (lg awal pun boleh cuma tak dapat tarikh kita nak or waktu or whatever -_-"). Make sure dalam masa 3 bulan (cause again, it's only valid for 3 months) sebelum tarikh nikah kita perlu buat permohonan nikah. Orait so before nak mohon, perlu settlekan and siapkan dulu borang-borang permohonan nikah ok. Disebabkan i'ollz ni orang Johor (walaupun lahir kat Perlis) i'ollz haruslah mohon di Johor sebab alamat IC pon Johor kan. Website untuk borang-borang permohonan nikah boleh click di http://encr.johor.gov.my Sign up dulu then boleh follow ikut step-step dalam website tersebut. Bagi negeri lain boleh call pejabat agama negeri tersebut untuk tau macamana nak buat borang permohonan nikah. Sebab masa kursus kahwin haritu bukan tak diterangkan tapi i'ollz tak beri perhatian sepenuhnya so lupa. Wee wee~ Borang permohonan nikah on-line ni kalau taknak print dulu boleh save je then next time nak ubah apa-apa boleh log in balik. Bila dah settle isi borang dan click hantar, print out segala borang yang tertera.

So apa yang perlu disediakan?

  1. Print out slip Permohonan Kebenaran Nikah On-line (borang yang diisi dalam encr). Di sini ada dia terangkan apa yang perlu di bawa semasa memohon nanti. Senarai semak dokumen juga boleh diprint out so senang kita nak check apa borang yang tertinggal.
  2. Print out Pengesahan Saksi Permohonan (2 salinan bertanda tangan). Minta tandatangan 2 orang saksi lelaki yang bukan dari ahli keluarga. Cth: kawan-kawan. Then photostate IC mereka berdua untuk salinan kita.
  3. Print out Senarai Semak Wali. Borang ni just untuk tandakan wali awak ni yang mana satu. Bapa ke abang ke cousin ke etc.
  4. 'Exceptional'. Borang Wakalah Wali. Bagi sesiapa yang mempunyai wali tak perlulah nak isi borang ni melainkan wali tiada ketika Ijab dan Qabul kita baru perlu isi.
  5. Selesai print out segala pastikan Borang Pengesahan Saksi Permohonan dah settle dulu. Borang ni diperlukan untuk kita pergi buat Surat Akuan Status Bujang. Surat ni perlu ambil dengan majikan atau ketua kampung. Sekiranya majikan kita Islam boleh lah kita buat dengan majikan kita tapi kalau majikan kita non-muslim no other choice you have to meredah ke rumah tok penghulu. Sebab sekarang zaman moden kebanyakan orang duduk dekat bandar then  kita macam celah mana plak aku nak dapat tok penghulu kampung nihhh. Ok first thing first call pejabat agama dan beritahu kita nk tahu siapa ketua kampung tempat kita untuk buat surat status bujang. They'll know dan sepantas kilat akan memberi number phone and alamat ketua kampung. Siap! Tak, tak, belum lagi. Kita perlu call pakcik penghulu ni untuk buat appointment bila kita free dan dia free nak ke rumah beliau untuk buat surat akuan bujang ni. Bila dah deal bila nak jumpa, kita pon ke rumah beliau dan setelkan apa yang patut. Just mak sure bawa borang pengesahan saksi permohonan serta IC saksi kita. Surat akuan status bujang tak perlu kita buat sendiri sebab tok penghulu kita ada surat tersebut. Sekejap je then settled! So surat akuan status bujang tu buatlah copy. Photostate yer.
  6. Bagi pengesahan status wali, minta surat nikah mak & ayah (kalau wali ialah ayah) pinjam original untuk dibawa nanti dan photostate untuk copy juga.
  7. Photostate juga IC wali.
  8. Surat beranak kita pon perlu bawa dan buat copy (I've no idea what is this thing for sebab masa hantar dia macam bagi balik copy kita buat penat je potostet!). Tapi dalam borang tu ada lah die tulis suruh bawak. grr! Takpe sebagai langkah persediaan bawa jela.
  9. IC kita pon buat salinan and jangan lupa bawa original nanti kita dicop orang hendon yang nak kawen dengan mesia tapi takde pengenalan diri tak tahu malu. kbai.
Nak dipendekkan, make sure list di bawah ada bersama ketika permohonan:

  1. Slip Permohonan Kebenaran Nikah On-line
  2. Pengesahan Saksi Permohonan (2 salinan bertanda tangan) [2 orang saksi bukan ahli keluarga, salinan IC mereka]
  3. Surat Akuan Status Bujang dr Majikan/Ketua Kampung (Asal dan Salinan)
  4. Salinan IC pemohon
  5. Sijil Kursus Kahwin (Asal dan Salinan)
  6. Laporan Pengesahan HIV (Asal)
  7. Senarai Semak Wali
  8. Sijil Nikah Ibu Bapa (Asal dan Salinan)
  9. IC Wali (Salinan)
  10. Sijil Kelahiran Pemohon (Asal dan Salinan)


As for my fiance dia pun orang Johor tapi alamat IC Batu Pahat. Nasib baik dia bukan orang negeri lain kalau tak kena lah buat borang permohonan nikah luar daerah. Dah satu hal pulak. So sebab ada kakak dia duduk di Bandar Baru Uda, JB dia pun guna alamat BBU. Sebab lelaki kalau daerah lain perlu ada borang permohonan nikah di luar kawasan. Yang ni perlu dibuat di daerah lelaki tu tinggal. So bila situasi macam my fiance perlu lah dia buat Surat Bukti Bermaustatin supaya dapat membuktikan yang dia dah lama duduk di JB. Sebab agak leceh untuk ke Batu Pahat nak buat surat akuan status bujang semata kan. Tapi ada jugak yang tuka alamat kat IC. Buat IC baru la maksudnya. My fiance cuma bagitau kat Ketua Kampung tu dia dah duduk lama kt BBU sebab kakak memang duduk situ and mak ayah pun kat situ. So bila balik kampung pun memang balik BBU. Padehal selalu balik Melaka. Haha. Tapi tanak complicate-kan keadaan guna jela alamat rumah kakak dia. Sebab tetiap kali I balik JB dia sentiasa ikut then duduk rumah kakak dia. hihi. So bila Tok Ketua dah buat surat bukti bermaustatin boleh proceed untuk buat Surat Akuan Status Bujang. So again, settled! Then macam biasa yang lain-lain borang sama je dengan perempuan kecuali wali of course dia takde.

Pergila kami bersama-sama ke Pejabat Agama JB, then ambil nombor tunggu giliran (ceh tu pun nak cerita ka). Bila dah panggil kita bagi borang sama-sama kat kaunter then dia akan susun-susun dan key in dalam computer then siap, kita kene ke kaunter lain then bayar rm35 untuk permohonan nikah ni. Lepas tu kita akan di arah berjumpa dengan ustaz yang nak sign segala dokumen or borang-borang hentah I tak tengok. So dengan ustaz ni lah yang akan interview kami berdua. Mula-mula kitorg tak tahu. Bila dah masuk dalam dia just tanya wali siapa and anak ke berapa. Dah sign tu dia akan suruh pergi minta nombor telefon tok kadi yang dah tertera nama kt borang tu, kat kaunter. Bila dah minta kitorg pun call and pergilaa carik tok kadi ni. Sampai jek tok kadi ni tanya ada wali tak, wali siapa, nak nikah kt mana, berapa haribulan and pukul berapa. Time ni lah kene book tok kadi. Ni pun dah kira nasib baik sebab penuh jugak nama orang yang dah booked. Selamat laa kitorg sempat lagi. Tapi tok kadi ni muka muda and bila bercakap tu macam hati kering jek. Cuak mula-mula tapi yang paling cuak si tunang lah. Terfikir-fikir macam mana nanti nak akad nikah. Wahahaha. So itu je! Yup tu je...

Laaa ni je ke? Ritu bukan main kan nk membaca ingat balik segala perkara fardhu ain tapi satu hape pun imam ni tak tanya. Blur jap kitorg bila dah settle semua. Sampai kitorg tanya tok kadi tu, dah habis ni je ke? hahah! Sebab blur bila nk kene interview tu. Agaknye muka we'ollz ni suci kot tu imam-imam rasa tak perlu tanya.....bahahaha!!

So as easy as this, we have settled the permohonan nikah. So jom kawin! :D

Hee takde kene mengena tapi lepas siap hantar borang permohonan nikah kami ke Plaza Larkin. Oh My Kacang Pool Haji! Yumss!!! :)


No comments:

Post a Comment